Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Thursday, August 02, 2007

Temuduga KPLI 2008


Salam,

Semalam lepas sekolah, bersiap-siap nk ke Lipis. Nasib la ada Azie, my cousin...rupanya dia dh planning nk dtg KL dan tido di sini then leh sama-sama balik ke Lipis. Thank you Azie. Sampai je ke rumah Pak Itam di Taman Pertama, Mak Itam ajak balik ke Relong...amik rambutan, Busu pesan. Solat Asar, terus pi. Pi la kami ke dusun, ceh...ada la 2, 3 pokok yang Mak, Busu dan Amy pernah tanam dulu. Erm, dh boleh makan...untung bercucuk tanam ni. Busu mula la buka citer...ntahla. Mlm tu, lepas mkn, sembang2 pasal sekolah ngan Kak Olah dan Kak De Widura, isteri abg Mie. Mcm2 kami sembang. Semua pakat x reti berenti nk bercakap. Ngantuk, tido...esok nk bersiap sedia.

My cousin yg rajin & willing jd my driver. Thanks to her a lot. Kalau x, payah juga nk ke sana ke mari. Al-maklum la serba x reti. Harap ja..ada lesen...Ayah kata lesen kopi O. Huhu. Takpe la...Ayah.
Institut Perguruan Tunku Ampuan Afzan, Lipis. (IPTAA) Kami sampai dlm jam 10 lebih. Dok mencari bilik temuduga. Ada 2 sesi; berkumpulan dan individu. Sepatutnya 6 org satu kumpulan. Tapi yg hadir hanya 5 org..Nur Azhan, Nor Azimoh, Norulhuda, Suriati & Syafini Rosli. Alhamdulillah, sesi pertama soalan tentang bentuk komunikasi berkesan guru dalam bilik darjah dan bagaimana untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dalam bilik darjah. Lebih kurang gitu la. Thanks to all...sbb memasing bantu satu sama lain. Takde la dok conquer the whole discussion. Good luck juga utk semua. Erm, kami minta opsyen Pendidikan Khas - Masalah Pembelajaran.

Dalam perjalanan pulang, perjalanan kami terhenti. Rupanya ada keretapi nak lalu. Terpaksa la, kami tunggu.
Hehe...tepi2...keretapi nak lalu.


Balik umah, Zohor, makan dan siap2...sbb dh beli tiket Transnasional jam 3 petang. Selamat tinggal Lipis, bertemu lagi di lain masa. Haha. Harapan Fini yang mana terbaik itulah yang Allah beri petunjuk utk Fini. InsyaAllah. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Selepas usaha, perlu tawakal dan redha akan apa jua keputusanNya.

No comments: